Sunday, January 15, 2006

Salah Satu Watak Manusia yang Buruk..

Assalammualaikum warahmatullah...

Petikan dari ayat suci Al-Quran...:


Salah satu watak manusia yang buruk
Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya ni`mat dari Kami ia berkata: `Sesungguhnya aku diberi ni`mat itu hanyalah karena kepintaranku`. Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui.(Az-Zumar:49)

Sungguh orang-orang yang sebelum mereka (juga) telah mengatakan itu pula, maka tiadalah berguna bagi mereka apa yang dahulu mereka usahakan.(Az-Zumar:50)

Maka mereka ditimpa oleh akibat buruk dari apa yang mereka usahakan. Dan orang-orang yang zalim di antara mereka akan ditimpa akibat buruk dari usahanya dan mereka tidak dapat melepaskan diri.(Az-Zumar:51)

Allah menentukan kadar rezki hambaNya
Dan tidakkah mereka mengetahui bahwa Allah melapangkan rezki dan menyempitkannya bagi siapa yang dikehendaki-Nya? Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang beriman.(Az-Zumar:52)

Larangan Berputus Asa Terhadap Rahmat Allah..
Katakanlah: `Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(Az-Zumar:53)

Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).(Az-Zumar:54)


Wallahua'lam..

Syaitan takut ganggu rumah tangga bahagia..

SETIAP Muslim hendaklah mengawal rumah tangganya daripada gangguan syaitan dan iblis. Antara cara untuk memelihara rumah tangga daripada gangguan syaitan adalah:

• Membaca al-Quran.
Membaca al-Quran dengan penuh khusyuk banyak kelebihannya. Membiasakan membaca al-Quran dalam rumah, selain beroleh pahala membawa berkat dan menyelamatkan penghuni rumah tangga daripada gangguan iblis dan syaitan.

• Zikir ketika masuk dan keluar rumah.
Daripada Abu Malik al-Asyaari bahawa Rasulullah bersabda maksudnya: “Apabila seorang hendak masuk ke dalam rumah, hendaklah dia mengatakan: Ya Allah, ana mohon kepada Engkau sebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik tempat keluar. Dengan nama Engkau kami masuk dan dengan nama Engkau kami keluar, dan kepada Tuhan kami, kami menyerahkan diri, kemudian memberi salam kepada keluarga.” – (Riwayat Abu Daud).

• Memberi salam kepada keluarga dan ahli rumah.
Firman Allah bermaksud: “Maka apabila kamu masuk ke sebuah rumah dari rumah-rumah ini hendaklah kamu memberi salam kepada penghuninya yang bererti salam sejahtera kepada diri kamu sendiri, salam yang ditetapkan di sisi Allah, yang diberi berkat lagi baik.” – (Surah an-Nur, ayat 61).

Imam an-Nawawi berkata: “Disukai untuk mengucapkan salam dan banyak berzikir kepada Allah serta memberi salam sama ada dalam rumah itu ada orang atau pun tidak.” Rumah yang tiada penghuni perlu juga diberi salam, sebab setiap rumah ada penghuni dalamnya iaitu malaikat sebagai penjaga dan pengawalnya. Seseorang yang masuk ke dalam rumah dengan memberi salam dijamin Allah keselamatannya.

• Zikir ketika makan dan minum.
Daripada Jabir berkata, bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda maksudnya: “Apabila seorang masuk ke rumahnya dengan berzikir kepada Allah ketika memasukinya dan ketika makan, syaitan berkata: “ana tidak makan dan tidak menginap di tempat kamu, dan apabila dia masuk tidak berzikir kepada Allah ketika masuk, maka syaitan mengatakan: “ana boleh menginap dan apabila tidak berzikir ketika makan, syaitan berkata: “ana boleh bermalam dan makan malam.” – (Riwayat Muslim).

• Membersihkan rumah daripada gambar patung.
Islam melarang segala bentuk gambar patung disimpan dalam rumah. Hal ini kerana malaikat tidak akan masuk ke rumah yang ada gambar patung atau tanda salib dalamnya.

Diriwayatkan daripada Aisyah bahawasanya beliau membeli bantal kecil yang ada gambar. Ketika Rasulullah melihatnya, Baginda berdiri di pintu, enggan masuk ke dalamnya. Maka, diketahui daripada wajah Rasulullah kelihatan rasa tidak senang, lalu Aisyah berkata: “Ya Rasulullah, ana bertaubat kepada Allah dan utusannya, apakah dosaku?

Baginda bersabda: “Bagaimana keadaan bantal kecil ini?”

Aisyah menjawab: “ana sudah membelinya untuk engkau duduk padanya dan bersandar.” Maka baginda bersabda: “Sesungguhnya orang membuat gambar ini akan diazab pada hari kiamat dan dikatakan kepada mereka: Hidupkanlah apa yang kamu ciptakan itu.”

Imam Nawawi berkata, jika hendak membuat juga gambar itu, maka buatlah gambar pokok dan segala sesuatu yang tidak ada roh padanya. Demikian menurut riwayat Bukhari dan lafaz bagi Muslim dan Nawawi.

• Membanyakkan solat sunat di rumah.
Solat yang dikerjakan sebagai benteng gangguan syaitan untuk masuk ke rumah. Rasulullah bersabda maksudnya: “Jadikanlah solat sunat dalam rumah kamu dan janganlah jadikan rumah kamu itu sebagai kubur.” – (Riwayat Bukhari, Muslim dan Nawawi).

Maksud sebagai kubur itu adalah tidak melakukan solat sunat di rumah. Rasulullah selalu mengerjakan solat sunat di rumah sebelum solat fardu di masjid seperti sabdanya bermaksud: “Wahai manusia, solatlah kamu (sunat) di rumah kamu kerana sesungguhnya solat seseorang yang paling afdal adalah di rumahnya kecuali solat wajib.” – (Riwayat Nasai’).

• Harmonikan rumah tangga.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsana di atas air, kemudian mengutus pasukannya, maka yang paling dekat daripadanya (antara syaitan) kedudukannya adalah yang paling besar membuat fitnah sehingga datang salah satu daripada mereka mengatakan bahawa tidaklah dia tinggalkan seorang suami dan isteri, dia berkata: Maka mendekatlah dia daripadanya dan mengatakan sebaik-baik orang adalah kamu.” – (Riwayat Muslim dan Nawawi).

Maka, wajib bagi suami isteri untuk bergaul harmoni, ceria dan mesra serta bergaul baik dengan keluarganya untuk mengelak daripada gangguan syaitan dan konconya.

• Bentengkan anak daripada gangguan syaitan.
Menjadi kewajipan ibu bapa untuk menjaga zikir pada waktu jimak bagi memelihara anak daripada bisikan dan pengaruh syaitan dari awal lagi.

Daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah bersabda maksudnya: “Andai kata salah seorang antara kamu mendatangi isteri, hendaklah memulakan dengan menyebut nama Allah dan berdoa: “Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami, dan jauhkan syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami. Maka apabila Allah menjadikan antara mereka berdua seorang anak, tidaklah syaitan akan dapat mengganggu anak itu selama-lamanya.” – (Riwayat Bukhari, Muslim dan Nawawi).

Daripada Abi Rafi’ bahawa beliau melihat Rasulullah mengazan pada telinga Husin bin Ali ketika Fatimah melahirkannya dalam keadaan sihat. – (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi).

Kumpulkan anak-anak dan usap kepala mereka. Kemudian ucapkan doa bermaksud: “ana mohon perlindungan untuk kamu dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dan semua perbuatan syaitan dan ancaman berbahaya serta daripada semua mata yang jahat.”

Rasulullah memohon perlindungan kepada Allah dengan doa ini untuk Husin dan Hasan dan mengatakan: “Sesungguhnya bapa kamu berdua memohon perlindungan untuk mereka berdua iaitu Ismail dan Ishak.” – (Riwayat Bukhari dan at-Tirmizi).

Keluargaku~
Topik: RESEPI PERKAHWINAN BAHAGIA

Tuesday, January 10, 2006

Salam Aidil Adha

Assalammualaikum...

Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua pengunjung.. Semoga dapat sama-sama menghayati erti pengrbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang lalu..

Alhamdulillah..Ya Rabbi, terima kasih atas kurniaan yg Engkau berikan..:)

Sunday, January 08, 2006

BAGAIMANA CEMERLANG DENGAN BERDOA

Dalam surah al-Mukmin (atau Ghafir) ayat 60 Allah berfirman, “Berdoalah kepadaku akan Aku perkenankan permintaanmu.” Di samping berusaha umat Islam disuruh berdoa kerana kecemerlangan dan doa tidak dapat dipisahkan. Malah doa ialah ibu ibadah. Demikian yang disabdakan nabi mengikut riwayat Imam Tirmizi. Doa yang rahmat diturunkan. Ia dapat dikiaskan dengan perisai yang menjadi sebab senjata tidak menembusi badan.” Perkara ini dinukilkan dalam kitab al-Azkar.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, nabi bersabda, “Mintalah kepada Allah kurniaannya. Sesungguhnya Allah menyukai permohonan (dari hambanya).”

Adab-Adab Berdoa

Doa yang diterima oleh Allah ialah doa yang datang dari hati yang khusyuk. Ketika berdoa beberapa adab perlu dijaga agar doa itu diberkati dan dimakbulkan Allah. Antara adab-adab itu ialah:

1. Memilih waktu yang mulia. Antara waktu-waktu istimewa yang baik untuk berdoa, berpandukan hadis-hadis nabi, ialah di bulan Ramadan, pada hari Jumaat, pada hari Arafah, waktu sahur, ketika sedang berjihad, waktu hujan turun, selepas melaksanakan solat-solat fardu, antara azan dan iqamat, ketika sedang berpuasa dan ketika sedang sujud dalam solat.

2. Merendahkan diri kepada Allah dan khusyuk. Dalam surah Al-A’raf ayat 55 Allah berfirman, “Berdoalah kepada Tuhanmu dengan rendah hati dan takut.” Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, nabi bersabda, “Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan bahawa Allah akan mengabulkan permintaanmu. Ingatlah, Allah tidak memperkenankan doa yang datang daripada hati yang lalai.”

3. Bertaubat daripada dosa dan mengembalikan semula hak mereka yang telah dizalimi. Dosa yang dilakukan akan menjadi benteng yang menghalang penerimaan doa oleh Allah. Hal ini disebutkan dalam Al-Azkar oleh Imam An-Nawawi. Allah berfirman dalam surah At-Tahrim ayat 8, “Wahai mereka yang beriman bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha (iaitu taubat yang sebenarnya).”

4. Meyakini bahawa doa itu akan diterima. Maksudnya, hendaklah kita berfikiran positif ketika berdoa. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, nabi bersabda, “Berdoalah kepada Allah dengan kamu meyakini bahawa ia akan diterima.”

5. Tidak tergesa-gesa. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan, nabi bersabda, “Doa seseorang kamu akan diperkenankan selagi mana dia tidak bersikap tergesa-gesa dengan berkata, ‘Aku telah pun berdoa tetapi nampaknya tidak diperkenankan’.” Mereka yang tergesa-gesa bersikap seolah-olahnya mengetahui apa yang terbaik untuk diri mereka. Sepatutnya mereka berserah diri kepada Allah kerana Allah saja yang mengetahui apa yang terbaik untuk diri mereka. Berhubung dengan ini Imam Tirmizi meriwayatkan sabda nabi yang bermaksud, “Tidak berdoa seseorang hamba di bumi ini melainkan ianya akan diperkenankan Allah, atau dipalingkan Allah satu keburukan daripadanya setimpal dengan apa yang dipohonnya, selama mana dia tidak meminta perkara yang berdosa atau meminta untuk memutuskan tali persaudaraan.”

6. Hendaklah dimulakan sesuatu doa dengan memuji Allah dan berselawat ke atas nabi. Demikian juga adabnya ketika mengakhiri doa itu. Hal ini disebutkan di dalam Al-Azkar oleh Imam An-Nawawi dan Ihya Ulumuddin oleh Al-Ghazali berdasarkan beberapa hadis nabi.

7. Disunatkan mengulang-ulangi sesuatu doa untuk menampakkan kesungguhan. Hal ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud melalui sahabat Abdullah ibn Masud yang berkata, “Sesungguhnya Rasulullah amat gemar mengulang-ulangi doa dan istighfar tiga-tiga kali.”

Punca Doa Tertolak

Dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim, nabi bersabda, “Sesungguhnya Allah itu suci bersih dan Allah tidak menerima kecuali yang suci bersih jua. Dan sesungguhnya Allah mengarah orang-orang mukmin dengan sesuatu yang perlu juga dilakukan oleh rasul-rasul. Allah berfirman, ‘Wahai rasul-rasul makanlah yang halal dan lakukanlah amalan yang salih.’ Allah juga berfirman, ‘Wahai mereka yang beriman, makanlah rezeki yang baik-baik yang dikurniakan kepadamu.’ Terdapat seorang lelaki yang bermusafir jauh sehingga menjadi kusut rambutnya dan berdebu mukanya. Lelaki ini menadahkan tangannya untuk bermohon kepada Allah dengan berkata ‘Ya Rab, ya Rab’ sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan mulutnya disuapkan dengan sesuatu yang haram. Bagaimana akan diperkenankan doanya?”

Hadis ini menunjukkan sumber rezeki yang haram menjadi sebab musabab sesuatu doa ditolak oleh Allah.

Ibrahim ibn Adham pernah pada suatu ketika berada di kota Basrah. Beliau ditanya tentang punca sesuatu doa tidak dimakbulkan oleh Allah. Beliau berkata, “Pertama, kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan haknya. Kedua, kamu mengatakan bahawa kamu mencintai rasulullah tetapi kamu tidak mengikut sunahnya. Ketiga, kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya. Keempat, kamu menerima nikmat Allah tetapi kamu tidak menunaikan syukurnya. Kelima, kamu berkata bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya. Keenam, kamu berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya. Ketujuh, kamu berkata bahawa neraka itu benar tetapi kamu tidak melarikan diri daripadanya. Kelapan, kamu berkata bahawa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya. Kesembilan, kamu bangun dari tidur dan kamu menceritakan tentang keaiban orang lain dan kamu melupakan keaiban dirimu sendiri. Kesepuluh, kamu mengebumikan mayat tetapi kamu tidak mengambil pengajaran darinya.”

(Dari buku 'Tip-Tip Cemerlang Dari Al-Quran' oleh Dr. Danial bin Zainal Abidin)

Nukilan Dr. Danial Zainal Abidin
(M.B.Ch.B. Universiti Alexandria)
Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy,
Pengamal Perubatan Selama 20 Tahun,
Motivator Mutiara FM (Radio Pulau Pinang) Selama 10 Tahun,
Penulis 8 buah buku, Kolumnis Majalah i,
Pemudah Cara Pelbagai Korporat / Institusi

Tazkirah Ringkas

Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (melembut-lembutkan bicara) sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya. " (Al-Ahzab:32)

"Katakanlah: "Al-qur'an itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman. Dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al-qur'an itu suatu kegelapan bagi mereka. Mereka itu adalah (seperti) orang-orang yang dipanggil dari tempat jauh." (Fushshilat : 44)

* La tahdzan, kerana qadha telah ditetapkan, sesuatu yang ditaqdirkan
telahpun berlaku

* La tahdzan, sebab kesedihan tidak akan mampu memutar roda kehidupan
ke belakang

* La tahdzan, sebab kesedihan akan merosakkan cuaca kehidupan,
menyebabkan banjir di mana-mana

* La tahdzan, kesedihan ibarat sungai yang mengalir ke lautan

* La tahdzan, sebab kesedihan akan memendekkan usia anda yang
sepatutnya dipenuhi kebahgiaan dan ketenangan.

[la tahdzan, jangan bersedih adalah karya bestseller, Dr Aaidh
alQarnii, KSA]

Petunjuk al-Qur’an dan al-Sunnah berkenaan Haid, Istihadah dan Nifas

Saturday, January 07, 2006

Selamat Tahun Baru 2006

Assalamualaikum warahmatullah
apa khabar semua? maaf tak sempat untuk update blog ni memandangkan terlalu busy dgn final year project dan asignment sem ni.. kepada semua kawan2, Selamat Hari Raya AldilAdha diucapkan.. semoga gembira sama2 beraya di campus memandangkan raya kedua tu ramai yg ada paper final.. :) Sebuah aritkel motivasi:

Jangan Cepat Menyerah


Pada tahun 1950-an Kolonel Sanders (pendiri KFC) mulai mengendarai mobilnya dari kota ke kota untuk memulai bisnis KFC-nya, dengan cara menawarkan resep rahasianya dari satu restoran ke restoran yang lainnya. Kadang beliau tidur di dalam mobilnya dan memakan ayam buatannya sendiri untuk bisa bertahan. Dia baru dapat mencapai tujuannya setelah bertemu dengan orang yang ke-1010. Orang tersebut berpikir ayam Kolonel tersebut cukup bagus untuk di jual ke publik.

Contoh lainnya Thomas Alfa Edison yang mengalami kegagalan sebanyak 9000 kali sebelum akhirnya ia menemukan bola lampu. Dia tidak menyesal dengan kegagalan-kegagalannya, bahkan ia berkata beruntung menemukan 8999 cara yang salah dalam membuat bola lampu. Kemudian ia dapat membuat 1093 paten, orang yang paling banyak memegang paten dalam sejarah Amerika.

Bagaimana dengan Michael Jordan? Dia sendiri bisa menjadi pemain yang sangat hebat karena terus menerus berlatih setiap hari, sehingga namanya dikemudian hari terkenal di dunia sebagai seorang pemain basket tak terkalahkan. Pada dasarnya ia tak pernah berhenti dan putus asa untuk terus berlatih.

Sebenarnya masih banyak kisah-kisah yang menggambarkan bahwa ketekunan dan kesabaran akan mengantarkan seseorang pada keberhasilan. Saya tidak tahu apakah ada karakter lain yang lebih penting untuk mencapai sukses, selain ketekunan dan kesabaran. Sangat pantas jika ketekunan dan kesabaran merupakan suatu rahasia kesuksesan. Begitu pula pada zaman Rasulullah mengalami peperangan, bahwa kesabaranlah menjadi sumber kekuatan untuk dapat melawan musuh, jihad dan sabar tak akan pernah terpisahkan.

Sabar merupakan ajaran Islam, yang dengan kesabaran tersebut umat Islam dapat meraih kesuksesan. Namun pada kenyataannya banyak umat Islam masih belum meraih kesuksesan, karena mereka belum bisa melaksanakan kesabaran atau mereka salah mengaplikasikan kesabaran tersebut.

Banyak orang yang menganggap kesabaran itu adalah diam, menerima apa adanya, tidak mau berusaha. Padahal bukan itu, kesabaran adalah tetap di jalur-Nya. Apabila dia berusaha maka akan melakukannya terus menerus, tidak pernah berhenti dan tidak pernah mundur, itulah yang namanya kesabaran. Bagaimana orang bisa menang dalam jihad dan perang, jika diartikan bahwa kesabaran itu diam. Pada kenyataannya pasukan Rasulullah dalam jumlah yang sedikit dapat menang, berkat kesabaran bala tentaranya. Maka wajarlah bila dalam Qur'an sering disebutkan kata sabar bersamaan dengan jihad.

Ketekunan ialah modal utama untuk sukses, ketekunan merupakan prinsip yang paling penting yang perlu kita pahami jika Anda ingin sukses. Tahukah Anda siapa orang yang paling tekun? Napoleon Hill, dalam bukunya Think and Grow Hill memuji Nabi Muhammad sebagai orang yang memiliki ketekunan yang luar biasa.

Ketekunan dan kesabaran jika digabungkan menjadi modal yang sangat besar untuk meraih sukses. Kabar baiknya, kedua sikap ini bisa Anda pelajari dan bisa Anda latih. Jangan cepat menyerah…. Jangan cepat menyerah. Jika kegagalan menghampiri Anda bukan berarti Anda harus menyerah, cari jalan lain, kemudian kerjakan lagi. Sekali lagi jangan cepat menyerah.

sumber

wallhua'lam..